Hi assalamualaikum.
Aku ada seorang kawan yang mengadu pada aku yang dia dipulaukan kawan-kawan disebabkan kawan-kawan dia terasa bila dia mengutamakan bf dia. Sebelum ni dia duduk di blok yang jauh sikit sebab malas nak bersua muka dengan kawan-kawan yang memulaukan dia tu. Sekarang dia dah duduk dengan kitorang, barulah dia cakap, nasib baik ada lagi orang sudi nak berkawan dengan dia. Entahlah, bagi aku, walaupun apa yang dia buat tu salah, tapi macam tak sedap jugalah pulaukan orang. Padahal dah kawan lebih dua tahun. Bagi aku, memang lumrah manusia lah bila seseorang tu ada someone special yang bertakhta di hati, leuls. Memang akan biased, dan memang orang yang paling rapat dengan dia akan terasa. Benda ni tak boleh elak, cuma ada orang yang kritikal dan ada yang tak. Aku pernah berada di situasi kedua-dua belah pihak. Maksud aku, aku pernah mengabaikan orang, dan aku pernah diabaikan.
Apa yang aku rasa waktu aku mengabaikan orang? To be honest, aku tak rasa apa-apa. Masa tu tengah bahagia kot, nak fikir apa bendanya lagi. Mana aku sedar ada hati-hati yang terasa dengan apa yang aku buat. Masa tu tak ada nak fikir perasaan orang sekeliling yang lain. Yang penting, perasaan kau dan yang seorang tu yang kau rasa sangat penting dalam hidup kau. Kawan baik ke apa ke, waktu tu kau macam fikir, apahalnya dia nak terasa pulak? Bukan kau buang dia terus. Kau cuma kurangkan masa dengan dia sikit je, sebab ada banyak hati yang kau kena jaga (padahal kau kisah pasal jaga hati seorang tu je). Macam tulah lebih kurang. Yes, macam bodoh dan sombong pun ada. Bila dah keluar dari zon tu, barulah kau sedar kau memang bodoh sebab salah letak priority. Tapi yalah, waktu kau di awang-awangan, serius tak terlintas di fikiran kau tentang orang lain yang terasa dengan kau. Alhamdulillah, kawan yang terasa dengan aku tu dah maafkan aku pun, dan kitorang jadi lebih rapat dan matang dah sekarang, alhamdulillah. Aku tak boleh imagine kalau aku hilang dia sebab perbuatan bodoh aku :(
Okay, sekarang aku nak cerita dari sudut aku terabai pula. Bahagian ni panjang sikit ceritanya. Mungkin panjang banyak. Aku kena macam ni banyak kali, tiga kali to be exact hahaha. Balasan tuhan kot sebab mengabaikan kawan baik aku dulu. Tapi aku cerita pengalaman yang latest je lah, sebab masih berlaku sekarang, cuma persepsi aku dah berubah.
---
Dulu aku ingat aku lonely.
Kawan rapat aku kat sini (tempat aku belajar) ada bf. Pada mata orang lain, kitorang memang macam belangkas. Pergi kuliah ke, exam ke, mesti sama-sama. That's what most people see during the classes. What people don't see is that other than going to classes together, we rarely spend any time with each other because the rest of her times are reserved for his bf. Aku rasa tak payah bagitahu in details lah apa dia buat waktu selain kelas ataupun waktu hujung minggu. Nanti takut tersalah interpretasi dan nampak macam aku terburukkan dia. She's still a good friend of mine and a good person, wallahi. Selama empat semester, aku rasa terabai. I reached my limit at the end of the fourth semester. Ada satu malam, aku ingat lagi, masa tu study week, terjadilah satu kejadian di mana aku sangat marah dengan dia (bf related) sampai tahap aku menggigil, menangis dan tutup lampu bilik supaya tak ada orang cari aku. Aku menangis sampai tertidur, sedangkan esoknya tu ada paper. Aku tak sabar nak habis exam, aku nak balik cepat. I spent the remaining of the exam weeks looking very normal, but deep inside I was really depressed.
Semester tu, result aku jatuh teruk. Jatuh teruk yang sampai meranapkan impian aku nak dapat ANC untuk degree. Yang memusnahkan harapan aku nak hadiahkan ANC untuk mak ayah aku. The only semester that I didn't make it to dean's list. That was the moment when I thought I needed to do something with myself. I was devastating myself with the problem. I needed to change my life and my perception towards her. I can't go on with this grudge inside me. I can't go back to the university with the same bad feeling inside. It's an unhealthy feeling and I didn't want that.
The first step I made was the hardest, but I did it anyway. I forgave her for everything that she did. I struggled to say to myself that I need to forgive her every night before I sleep. Everytime I tried to forgive her, the horrible flashbacks came rushing into my mind, then I istighfar a lot. Aku fikir, aku ni mana boleh nak marah sangat. Aku sendiri pun banyak dosa. Aku istighfar sampai tertidur. Aku buat benda yang sama berulang-ulang setiap hari sampai hati aku rasa aku betul-betul dah maafkan dia. Lama jugak, dalam sebulan aku ulang rutin yang sama sebelum tidur.
Second step, bila aku masuk semester baru, aku luaskan range kawan-kawan aku. Aku mula rajinkan diri bersembang dengan semua orang. I treat everyone nicely. Aku try blend in dengan semua puak-puak yang ada dalam kelas. Aku join aktiviti-aktiviti dengan kawan-kawan kelas aku, yang formal dan tak formal, tanpa mengharapkan 'dia' ikut sekali. It was awkward at first, sebab masing-masing dah ada puak kan. Kalau aku ni watak dalam cerita Divergent, aku ni kira seorang Divergent lah. Kakaka. Alhamdulillah, I found my pace. Aku rasa semua orang terima aku. Aku rasa disayangi oleh semua orang :D Ceh, bajet. Dan kawan-kawan baik aku daripada tempat-tempat lain pun masih ada dengan aku susah senang. So alhamdulillah, things got better for me. I realized that I was never lonely. The best part is all of my classmates think that I am approachable everytime they need a company or any help. I am glad that they think I am a trustworthy person :) Dan result pun dah naik balik sebab sekarang dah ada join study group. And some of my classmates happened to be the best travel partners that I have ever had (we travelled to a lot of places together).
So here I am, gaining back my pace, after all that happened to me. Now, I want to focus on all the good things that happening around me and indulge in my last remaining year, and to make it a great and memorable one. And of course to graduate on time, hopefully. Haha.
Whatever it is that happens, alhamdulillah 'ala kulli hal.
---
Aku dah warning kat atas kan cerita aku panjang. Hahaha. Anyway, aku dah cuba untuk tulis dalam bahasa melayu sepenuhnya tapi gagal. Aku minta maaf pada sesiapa yang benci tulisan rojak dalam blog. I hope my story is good enough for you to ignore this rojak language.
So what I am trying to emphasize here is, there is always another way to end your sorrow. Life is too short to ditch everyone around you. Instead of hating someone who hurt us and hoping that she will change herself, why don't we change ourselves and our perspective? Now I have no grudge towards that one good friend, and I learn to appreciate her again. She is after all a good human being but with flaws. Aren't we all? I should be thankful that despite the honest not-so-nice comments I always give her (because I am that brutally honest), she could accept me as who I am and remain as a close friend. Sooo yeah, try to treat everyone nicely. You'll be surprised at how life treats you nicely back :)