Sunday, August 14, 2016

Lombok Trip: Part II.

Sambungan daripada Lombok Trip: Part I.


Day 2 (Gili Trawangan)

Hari kedua adalah hari snorkeling semata-mata. Bangun pukul 5.30 pagi untuk solat Subuh. Kemudian cadangnya nak tengok sunrise di tepi pantai, tapi disebabkan sunrise awal sangat dan lepastu malas nak berjalan balik ke hostel (kan jaraknya jauh), so niat tengok sunrise tu terbatallah. 

Sebenarnya sepanjang tepi pantai tu banyak je tawaran pakej untuk snorkeling tiga Gili tu. Kalau nak, boleh survey je harga terbaik untuk snorkeling sepanjang jalan tu. Memang selalunya snorkeling mula pukul 10.30 pagi. So kalau booking pakej better sehari sebelum atau sebelum 10.30 pagi lah. Tapi sebab kitorang punya pakej dah termasuk snorkeling, kitorang rileks je tak survey harga pun. Rasa macam orang kaya pulak. Kakaka. Berlagak. Btw, pukul 9.30 pagi baru kitorang berkumpul di depan Sama-Sama Bar untuk naik public boat untuk snorkeling. Kebetulan ada satu group lagi dari Malaysia yang join snorkeling juga (diorang pun ambil pakej yang sama dengan kitorang). Tengah tunggu boat tu lah tiba-tiba terjumpa Tasha, ex-dormmate aku dan Kak Asma :D Happy gila jumpa kawan sendiri kat negara orang. Masa tu Tasha dengan Gen. Si Gen ni pun dah bertahun tak jumpa, last jumpa masa kenduri beliau tak silap. Boleh pulak berjumpa di Lombok. Happy betul :D

Okay kitorang mulakan snorkeling di Coral Point di sekitar Gili Trawangan juga. Adalah cuak sikit sebab dah lama tak snorkeling. Bila dah masuk air, lupa dah semua cuak tu. Dapatlah tengok coral warna-warni. Cantik juga. Tapi sebab aku pernah tengok coral lagi cantik, so taklah excited teruk. Masa ni mula-mula tengok-tengok juga Kak Asma sebab dia takut sikit nak turun. Bila dah tengok dia dijaga elok oleh Safwan (hehehe), aku pun bawalah diri snorkeling dan join Fana & Wani bergambar dalam air.


Gambar dalam air yang comel. Hiks.


Second point pergi snorkeling di Turtle Point. Dekat sini airnya lagi dalam dan arusnya lagi kuat. Lepastu nak kena berenang laju sebab nak kejar penyu. Masa tu rasa penat nak kejar sebab yang lain berenang laju, akhirnya aku pilih untuk naik atas bot. Untuk point kedua ni, boleh tahan ramai juga yang tak turun, mungkin sebab orang yang bawa kitorang tu dah pesan awal-awal air dalam, dan kalau penat jangan turun. Kak Asma memang dari awal tak turun. Wani pun give up juga dan akhirnya tinggal Fana je yang masih gigih kejar penyu. Tabah betul Fana ni. Aku pula tak adalah rasa terkilan sangat sebab snorkeling dulu dah pernah tengok penyu. 

Kemudian kitorang berhenti makan di Gili Air. Restorannya ada satu je so semua yang turun dari bot order makanan serentak, memang agak kelam kabut lah. Boleh pula makanan tak sampai meja kitorang. Daripada order satu pinggan, bila order balik, order dua pinggan terus. Kitorang yang paling lambat naik bot sebab makan lambat. Segan beb -__-

Lepas makan baru bersemangat balik nak snorkeling di point terakhir. Aku tak ingat apa nama tempat ni, tapi di Gili Air juga. Dekat sini banyak ikan dan kita boleh bagi ikan-ikan tu makan. Mujur Safwan bawa roti, so kebas roti Safwan jelah untuk bagi ikan tu makan kakaka. Personally aku rasa point ni paling best, sebab excited tengok ikan-ikan friendly and tak takut nak dekat dengan manusia :D

Okay, kitorang selesai snorkeling dan pulang ke Gili T lebih kurang pukul 3.30 ke 4.00 petang macam tu. Kemudian terus sewa basikal untuk balik ke hostel. Kos untuk sewa basikal rp50.000 sehari, so okaylah harganya memandangkan hostel kitorang tengah pulau dan memang perlu naik basikal ke mana-mana. Balik dorm, solat dan terus berbasikal ke sunset point. Hari kedua ni pergi awal sikit sebab taknak ketinggalan tengok sunset yang cantik dan bergambar dekat buaian yang famous tu. 

Berfoya-foya dan ambil gambar sebelum balik hostel.

Sunset dan buaian yang cantik

Selesai tengok sunset, kitorang decide untuk berbasikal ke seberang kanan pulau pulak untuk pergi pasar malam sebelum jalan kampung tu jadi gelap gelita (tak ada lampu jalan). Kayuh punya kayuh ke bahagian bawah pulau, jumpalah pasar malam. Di pasar malam ni, diorang banyak jual seafood dan makanan skewers style. Harganya boleh tahan lah, standard di Malaysia juga. Aku dan Fana makan nasi dengan lauk sotong goreng tepung & ikan bakar sambal, untuk rp60.000 seorang. Not bad lah harga kan. Kak Asma dan Wani makan skewers jea, Skewer tu satu cucuk rp20.000 ke rp25.000 entah den tak ingat. Dan terjumpa Tasha & Gen sekali tengah makan malam juga.


Gerai di pasar malam. Boleh pilih pelbagai jenis makanan.

Gerai seafood, boleh request nak masakan apa.


Lepas makan, sambung berbasikal ambil angin pantai. Tenang sangat rasa angin pantai, tapi sebab terlalu ramai yang lalu-lalang so perjalanan jadi tersekat-sekat sikit haha. Oh yea, kat pulau ni memang orang jalan kaki, naik basikal atau cidomo jea. Tak ada langsung kenderaan bermotor. Basikal pun bersepah-sepah diparkir di tepi jalan, insyaAllah selamat jea tak ada siapa nak curi. Lepas bersiar-siar, kitorang decide untuk balik dorm jea sebab penat dan memang semua kecundang awal pun malam tu. Aku jadi saksi sebab aku paling lambat tidur -__-

Okay bersambung untuk hari ketiga dan terakhir serta recap Lombok di part ketiga dan terakhir.



Lombok Trip: Part I.

Hai assalamualaikum.


Walaupun blog ni sebenarnya dah lama terkubur, rasa ralat pula kalau tak share pasal trip Lombok ni sebab memang secara personalnya salah satu trip yang paling best pernah pergi. So yeah kongsi untuk bacaan sendiri di waktu akan datang pun boleh :D

Pada mulanya trip ini adalah trip bertiga. Sayangnya salah seorang terpaksa tarik diri atas urusan kerja dan peribadi. Tiket pun dah dibeli lebih kurang setahun sebelumnya. Masa tu dapatlah harga RM300+ return untuk seorang. Kalau nasib lagi baik, mungkin boleh dapat lagi murah. Tapi kalau dapat sekitar RM300 ni pun sebenarnya dah orait dah. 

Lebih kurang sebulan sebelum pergi, Ayu bagitahu tak dapat nak ikut. Fana pula cakap nak join trip kitorang sebab adiknya tak dapat ikut ke Lombok sebab tak dan beli tiket. Masa tu ingatkan Fana keseorangan, rupanya ada kawan sekolahnya ikut, Wani namanya. So pada akhirnya berempatlah kami liburan ke Lombok. Btw semua planning itinerary, accomodation, etc. dibuat dalam sebulan sebelum ke Lombok sebab nak buat awal-awal semua orang busy pula. So di satu malam yang indah, aku dan Fana pun janji nak makan malam sama-sama sambil bincang pasal trip ni. Percaya tak, semua urusan nak book hotel dan survey tour guide dibuat pada satu malam jea :')

Okay habislah sudah mukadimah. Kita pergi ke catatan mengikut hari pula.



Day 1 (KUL-Gili Trawangan)
Aku dan Kak Asma bertolak dari Serdang menuju ke Putrajaya Sentral sekitar 5.40 pagi. Sampai di sana terus beli tiket tren, dan ada lebihan masa sebelum tren sampai, jadi kami solat Subuh di Putrajaya. Tren sampai tepat 6.22 pagi mengikut jadual. Dalam pukul 6.45 pagi sampai di KLIA2, terus ke kaunter untuk cek dokumen, jumpa dengan Fana dan Wani, dan terus masuk gate sama-sama. Flight berlepas dalam pukul 9 pagi, lewat sedikit daripada jadual.

Sampai di Bandara (airport) Lombok, kami dijemput oleh Mas Rudy dan Mas Safwan. Mula-mula rasa awkward dan segan sikitlah, nasib baik awal-awal dah rasa diorang kelakar (ohyakakak - ini private joke :D). Bagus jugalah ada tour guide ni sebab sepanjang jalan diorang banyak bercerita tentang sejarah Lombok dan penduduknya. Kami dibawa makan tengahari di Mataram (dianggap pekan besar di Lombok) sebab masa sampai tu dah pukul 12 tengahari. Dapatlah rasa Nasi Ayam Taliwang yang memang jadi signature Lombok. Memang patutlah jadi signature sebab sedap :D


Nasi Ayam Taliwang

Selepas makan tengahari, kami dibawa ke jeti di Teluk Nare untuk naik private boat ke Gili Trawangan. Agak mahal berbanding dengan public boat, tapi tak sempat survey harga pun, sebab memang dah termasuk dalam pakej yang kami ambil. Kalau nak naik public boat yang lebih murah harganya, jetinya di Bangsal. Perjalanan ke Gili Trawangan (lepasni aku tulis Gili T jea, malas taip) mengambil masa sekitar 15 minit. Dekat jea jarak Lombok dengan Gili T, walaupun Gili T adalah yang paling hujung antara ketiga-tiga Gili (Gili Air, Gili Meno, Gili T).

Gili Trawangan; disambut oleh langit biru dan air laut kehijauan :D


Sampai di jeti Gili T, kami dapatkan sebuah cidomo (kereta kuda a.k.a Lombok Ferrari) untuk ke hostel memandangkan kami menyewa hotel yang agak jauh jaraknya dari jeti. Naik cidomo untuk ke hostel cajnya mahal nokharom iaitu 150.000rp untuk 4 orang (sekitar RM40). Kalau mampu berjalan ke hotel, dinasihatkan supaya jalan jelah okay. Anggap jelah itu pengalaman seumur hidup try naik cidomo.


Inilah rupa cidomo.

Kami sampai di Gili Klapa Hostel dan menuju ke dorm untuk letak barang dan tunaikan solat. Lepas siap berkemas, masing-masing tidur sekejap sebab agak letih. Dalam pukul 5.30 petang baru semua bersiap-siap jalan kaki ke pantai nak tengok sunset. Dalam 15 minit juga berjalan sebelum sampai ke pantai. Oh, sunset di sana awal, sebab dalam pukul 6 lebih dah masuk waktu Maghrib.


Saki baki sunset sebab terlambat.

Berangan mode


Bila malam pun dah menjelma dan kami pun dah lapar, pergilah jalan tepi-tepi pantai dengan niat nak cari kedai makan. Tapi tepi-tepi tu penuh dengan bar dan high class restaurant je. Dah nama pun cheapskate semuanya, maka plannya beli maggi cup dan makan dalam bilik jea hahaha. Masa perjalanan balik ke hostel, betul-betul sampai simpang depan hostel, baru perasan ada kedai makan yang murah :') Gili Frame tak silap namanya, dan ownernya orang Malaysia. Maka perutku pun happy :D Bila balik hostel dan survey di blog-blog lain, baru tahu kedai makan yang murah-murah memang ada tapi di kawasan tengah pulau/kawasan kampung, bukan di tepi pantai. Ada hikmah juga hostel kami duduk tu di tengah-tengah pulau nun.


Jalan kampung menuju ke hostel. Malam-malam gelap noks.


Okay setakat ni untuk hari pertama. InsyaAllah hari kedua akan diceritakan dalam part seterusnya.



Thursday, May 12, 2016

Knowledge Sharing.

Tadi saya ada terbaca tentang luahan seseorang yang menyesal kongsi nota dia dengan kawan-kawan sebab dia rasa kawan-kawan tak ada effort nak belajar. So rasa macam nak menjawab luahan seseorang tu. Sorry lah kalau saya macam termasuk mode membebel gaya kakak-kakak sikit *taknak mengaku makcik*.


Bagi saya, tak ada salahnya pun berkongsi ilmu, awak. Kita jangan bercerita tentang usaha orang lain. Sama ada dia nak study menggunakan nota awak, nak 'hafal' nota awak, nak jadikan nota awak sebagai tambahan, nak buat bahan air rebusan dan minum sebelum exam, itu urusan dia dan tuhan. Kita jangan pertikai dan nilai usaha orang, yang mungkin kita tak nampak sepenuhnya pun.


Kita fikir situasi macam ni. Kita pergi kelas, kita belajar. Kita dapat ilmu. Kemudian ilmu tu kita pegang seorang. Kita bawa dia masuk ke dewan exam, kita curahkan apa yang kita ada atas kertas exam. Kemudian kita dapat markah.  Kalau markah tu baik, baiklah manfaatnya ke atas kita seorang. Kita dianggap orang yang pandai. Kita pun seronok. Dan cerita ini tamat setakat itu.


Cuba bayangkan situasi ini pulak. Kita pergi kelas, kita belajar. Kita dapat ilmu. Kemudian ilmu tu kita kongsi dengan orang. Kalau kawan tanya, kita explain satu-satu sampai dia faham. Kalau ada ilmu lain yang kita tertinggal yang kawan dapat tangkap masa kelas, dia tambah pula penerangan untuk kita. Kita dapat ilmu baru. Kalau dua-dua tak tahu, kita cakap dengan kawan, nanti kita try cari jawapan. So tanggungjawab mencari jawapan tu dikongsi bersama. Dua-dua cuba cari, dua-dua dapat ilmu baru. Kita dan kawan-kawan kita, masing-masing topup ilmu. Bila masuk ke dewan exam dan curahkan apa yang kita dah belajar, bila kita dapat markah, dan markah kita baik, manfaatnya adalah pada kita dan mereka yang belajar bersama. Kalau kawan-kawan kita dapat markah yang baik disebabkan ilmu yang kita kongsi, manfaatnya adalah pada mereka dan juga kita. Dan selagi mana ilmu tu digunakan, manfaatnya sampai dekat kita setiap masa.

---

Jujur, saya tak pandai menjawab dalam exam. Saya tak pandai tulis laju-laju. Saya adalah sejenis yang perlu susun ayat sebelum menulis. I am a thinker, therefore I take time to think before I write. Saya tak pandai muntahkan segala ilmu dalam masa yang singkat. Time has always been my barrier in examination. Saya tak kata saya pandai. Saya tak rasa pun saya pandai. Cuma saya suka ke kelas dan tulis nota. Saya manusia biasa. Kadang-kadang saya mengantuk, kadang-kadang saya penat, letih, kadang-kadang saya mengelamun. Tapi bila saya tersedar, saya pujuk diri saya, "Ni ilmu Allah ni, Suraya. Dengar elok-elok." So saya sambung tulis nota dan ambil perhatian.  Dan nota-nota yang saya salin tu, sentiasa memanfaatkan saya waktu ulangkaji. Sebab saya ni pelupa macam mak nenek. So bila baca balik nota, selalu bermonolog dalaman, "eh, lecturer pernah bagitahu ke benda ni? Nasib baik salin haritu."


Bila ulangkaji, saya bercerita dengan kawan-kawan, apa yang saya tulis, apa yang saya faham. Dan kawan-kawan pun sama kongsi apa yang mereka tahu. Bila kawan-kawan cakap mereka faham bila saya explain, saya happy. Bila kawan-kawan cakap mereka boleh jawab sesetengah soalan sebab penerangan saya (walaupun saya sendiri mungkin tak dapat jawab dengan baik), saya happy. Saya tak kisah pun, bila result kawan-kawan yang saya ajar lagi tinggi daripada saya (selalu berlaku juga sebenarnya hahaha) sebab saya tahu ilmu itu dimanfaatkan. Saya lega. Hadza min fadhli rabbi, kan. Kadang-kadang saya tengah penat, ada orang cari saya, tanya itu ini.  Masa tu terasa keikhlasan diuji. Rasa macam nak luahkan dekat orang supaya tunggu kejap, sebab saya penat, tapi tak terluah sebab saya rasa it's a selfish act. So saya cuba terangkan apa yang boleh. Dan kepenatan saya terubat, bila orang tersebut cakap dia faham, ataupun sekadar 'ooooo' yang panjang. hahaha. Dan yang penting, secara tak formalnya, ramai orang yang akan selesa dengan saya. So dari situlah saya buat ramai kawan.  

---

Jangan salah faham, awak. Bukan niat saya nak bercerita tentang apa yang saya buat pada orang. Bukan nak berbangga. Saya malu sebenarnya, walaupun ketika saya sedang menulis ini. Pengalaman ni cuma nak dikongsi sebab nak sampaikan yang perkongsian ilmu tu tak pernah merugikan. Hidup ni umpama pelaburan, awak. What we give, we get back in return. Kalau bukan insan tersebut yang membalas, percayalah Allah akan membalas dengan memberi kebaikan-kebaikan lain dalam hidup kita ni. So, asalkan benda yang kita kongsi adalah benda yang baik, dan kita tahu ilmu tu digunakan oleh orang lain untuk tujuan yang baik, kita jangan risau bukan-bukan. Berjaya seorang tu seronok. Tapi seronok dan terasa manis lagi kalau berjaya sama-sama kan? The road to success is not always lonely ;)