Sunday, August 14, 2016

Lombok Trip: Part I.

Hai assalamualaikum.


Walaupun blog ni sebenarnya dah lama terkubur, rasa ralat pula kalau tak share pasal trip Lombok ni sebab memang secara personalnya salah satu trip yang paling best pernah pergi. So yeah kongsi untuk bacaan sendiri di waktu akan datang pun boleh :D

Pada mulanya trip ini adalah trip bertiga. Sayangnya salah seorang terpaksa tarik diri atas urusan kerja dan peribadi. Tiket pun dah dibeli lebih kurang setahun sebelumnya. Masa tu dapatlah harga RM300+ return untuk seorang. Kalau nasib lagi baik, mungkin boleh dapat lagi murah. Tapi kalau dapat sekitar RM300 ni pun sebenarnya dah orait dah. 

Lebih kurang sebulan sebelum pergi, Ayu bagitahu tak dapat nak ikut. Fana pula cakap nak join trip kitorang sebab adiknya tak dapat ikut ke Lombok sebab tak dan beli tiket. Masa tu ingatkan Fana keseorangan, rupanya ada kawan sekolahnya ikut, Wani namanya. So pada akhirnya berempatlah kami liburan ke Lombok. Btw semua planning itinerary, accomodation, etc. dibuat dalam sebulan sebelum ke Lombok sebab nak buat awal-awal semua orang busy pula. So di satu malam yang indah, aku dan Fana pun janji nak makan malam sama-sama sambil bincang pasal trip ni. Percaya tak, semua urusan nak book hotel dan survey tour guide dibuat pada satu malam jea :')

Okay habislah sudah mukadimah. Kita pergi ke catatan mengikut hari pula.



Day 1 (KUL-Gili Trawangan)
Aku dan Kak Asma bertolak dari Serdang menuju ke Putrajaya Sentral sekitar 5.40 pagi. Sampai di sana terus beli tiket tren, dan ada lebihan masa sebelum tren sampai, jadi kami solat Subuh di Putrajaya. Tren sampai tepat 6.22 pagi mengikut jadual. Dalam pukul 6.45 pagi sampai di KLIA2, terus ke kaunter untuk cek dokumen, jumpa dengan Fana dan Wani, dan terus masuk gate sama-sama. Flight berlepas dalam pukul 9 pagi, lewat sedikit daripada jadual.

Sampai di Bandara (airport) Lombok, kami dijemput oleh Mas Rudy dan Mas Safwan. Mula-mula rasa awkward dan segan sikitlah, nasib baik awal-awal dah rasa diorang kelakar (ohyakakak - ini private joke :D). Bagus jugalah ada tour guide ni sebab sepanjang jalan diorang banyak bercerita tentang sejarah Lombok dan penduduknya. Kami dibawa makan tengahari di Mataram (dianggap pekan besar di Lombok) sebab masa sampai tu dah pukul 12 tengahari. Dapatlah rasa Nasi Ayam Taliwang yang memang jadi signature Lombok. Memang patutlah jadi signature sebab sedap :D


Nasi Ayam Taliwang

Selepas makan tengahari, kami dibawa ke jeti di Teluk Nare untuk naik private boat ke Gili Trawangan. Agak mahal berbanding dengan public boat, tapi tak sempat survey harga pun, sebab memang dah termasuk dalam pakej yang kami ambil. Kalau nak naik public boat yang lebih murah harganya, jetinya di Bangsal. Perjalanan ke Gili Trawangan (lepasni aku tulis Gili T jea, malas taip) mengambil masa sekitar 15 minit. Dekat jea jarak Lombok dengan Gili T, walaupun Gili T adalah yang paling hujung antara ketiga-tiga Gili (Gili Air, Gili Meno, Gili T).

Gili Trawangan; disambut oleh langit biru dan air laut kehijauan :D


Sampai di jeti Gili T, kami dapatkan sebuah cidomo (kereta kuda a.k.a Lombok Ferrari) untuk ke hostel memandangkan kami menyewa hotel yang agak jauh jaraknya dari jeti. Naik cidomo untuk ke hostel cajnya mahal nokharom iaitu 150.000rp untuk 4 orang (sekitar RM40). Kalau mampu berjalan ke hotel, dinasihatkan supaya jalan jelah okay. Anggap jelah itu pengalaman seumur hidup try naik cidomo.


Inilah rupa cidomo.

Kami sampai di Gili Klapa Hostel dan menuju ke dorm untuk letak barang dan tunaikan solat. Lepas siap berkemas, masing-masing tidur sekejap sebab agak letih. Dalam pukul 5.30 petang baru semua bersiap-siap jalan kaki ke pantai nak tengok sunset. Dalam 15 minit juga berjalan sebelum sampai ke pantai. Oh, sunset di sana awal, sebab dalam pukul 6 lebih dah masuk waktu Maghrib.


Saki baki sunset sebab terlambat.

Berangan mode


Bila malam pun dah menjelma dan kami pun dah lapar, pergilah jalan tepi-tepi pantai dengan niat nak cari kedai makan. Tapi tepi-tepi tu penuh dengan bar dan high class restaurant je. Dah nama pun cheapskate semuanya, maka plannya beli maggi cup dan makan dalam bilik jea hahaha. Masa perjalanan balik ke hostel, betul-betul sampai simpang depan hostel, baru perasan ada kedai makan yang murah :') Gili Frame tak silap namanya, dan ownernya orang Malaysia. Maka perutku pun happy :D Bila balik hostel dan survey di blog-blog lain, baru tahu kedai makan yang murah-murah memang ada tapi di kawasan tengah pulau/kawasan kampung, bukan di tepi pantai. Ada hikmah juga hostel kami duduk tu di tengah-tengah pulau nun.


Jalan kampung menuju ke hostel. Malam-malam gelap noks.


Okay setakat ni untuk hari pertama. InsyaAllah hari kedua akan diceritakan dalam part seterusnya.



No comments:

Post a Comment