Sunday, August 14, 2016

Lombok Trip: Part I.

Hai assalamualaikum.


Walaupun blog ni sebenarnya dah lama terkubur, rasa ralat pula kalau tak share pasal trip Lombok ni sebab memang secara personalnya salah satu trip yang paling best pernah pergi. So yeah kongsi untuk bacaan sendiri di waktu akan datang pun boleh :D

Pada mulanya trip ini adalah trip bertiga. Sayangnya salah seorang terpaksa tarik diri atas urusan kerja dan peribadi. Tiket pun dah dibeli lebih kurang setahun sebelumnya. Masa tu dapatlah harga RM300+ return untuk seorang. Kalau nasib lagi baik, mungkin boleh dapat lagi murah. Tapi kalau dapat sekitar RM300 ni pun sebenarnya dah orait dah. 

Lebih kurang sebulan sebelum pergi, Ayu bagitahu tak dapat nak ikut. Fana pula cakap nak join trip kitorang sebab adiknya tak dapat ikut ke Lombok sebab tak dan beli tiket. Masa tu ingatkan Fana keseorangan, rupanya ada kawan sekolahnya ikut, Wani namanya. So pada akhirnya berempatlah kami liburan ke Lombok. Btw semua planning itinerary, accomodation, etc. dibuat dalam sebulan sebelum ke Lombok sebab nak buat awal-awal semua orang busy pula. So di satu malam yang indah, aku dan Fana pun janji nak makan malam sama-sama sambil bincang pasal trip ni. Percaya tak, semua urusan nak book hotel dan survey tour guide dibuat pada satu malam jea :')

Okay habislah sudah mukadimah. Kita pergi ke catatan mengikut hari pula.



Day 1 (KUL-Gili Trawangan)
Aku dan Kak Asma bertolak dari Serdang menuju ke Putrajaya Sentral sekitar 5.40 pagi. Sampai di sana terus beli tiket tren, dan ada lebihan masa sebelum tren sampai, jadi kami solat Subuh di Putrajaya. Tren sampai tepat 6.22 pagi mengikut jadual. Dalam pukul 6.45 pagi sampai di KLIA2, terus ke kaunter untuk cek dokumen, jumpa dengan Fana dan Wani, dan terus masuk gate sama-sama. Flight berlepas dalam pukul 9 pagi, lewat sedikit daripada jadual.

Sampai di Bandara (airport) Lombok, kami dijemput oleh Mas Rudy dan Mas Safwan. Mula-mula rasa awkward dan segan sikitlah, nasib baik awal-awal dah rasa diorang kelakar (ohyakakak - ini private joke :D). Bagus jugalah ada tour guide ni sebab sepanjang jalan diorang banyak bercerita tentang sejarah Lombok dan penduduknya. Kami dibawa makan tengahari di Mataram (dianggap pekan besar di Lombok) sebab masa sampai tu dah pukul 12 tengahari. Dapatlah rasa Nasi Ayam Taliwang yang memang jadi signature Lombok. Memang patutlah jadi signature sebab sedap :D


Nasi Ayam Taliwang

Selepas makan tengahari, kami dibawa ke jeti di Teluk Nare untuk naik private boat ke Gili Trawangan. Agak mahal berbanding dengan public boat, tapi tak sempat survey harga pun, sebab memang dah termasuk dalam pakej yang kami ambil. Kalau nak naik public boat yang lebih murah harganya, jetinya di Bangsal. Perjalanan ke Gili Trawangan (lepasni aku tulis Gili T jea, malas taip) mengambil masa sekitar 15 minit. Dekat jea jarak Lombok dengan Gili T, walaupun Gili T adalah yang paling hujung antara ketiga-tiga Gili (Gili Air, Gili Meno, Gili T).

Gili Trawangan; disambut oleh langit biru dan air laut kehijauan :D


Sampai di jeti Gili T, kami dapatkan sebuah cidomo (kereta kuda a.k.a Lombok Ferrari) untuk ke hostel memandangkan kami menyewa hotel yang agak jauh jaraknya dari jeti. Naik cidomo untuk ke hostel cajnya mahal nokharom iaitu 150.000rp untuk 4 orang (sekitar RM40). Kalau mampu berjalan ke hotel, dinasihatkan supaya jalan jelah okay. Anggap jelah itu pengalaman seumur hidup try naik cidomo.


Inilah rupa cidomo.

Kami sampai di Gili Klapa Hostel dan menuju ke dorm untuk letak barang dan tunaikan solat. Lepas siap berkemas, masing-masing tidur sekejap sebab agak letih. Dalam pukul 5.30 petang baru semua bersiap-siap jalan kaki ke pantai nak tengok sunset. Dalam 15 minit juga berjalan sebelum sampai ke pantai. Oh, sunset di sana awal, sebab dalam pukul 6 lebih dah masuk waktu Maghrib.


Saki baki sunset sebab terlambat.

Berangan mode


Bila malam pun dah menjelma dan kami pun dah lapar, pergilah jalan tepi-tepi pantai dengan niat nak cari kedai makan. Tapi tepi-tepi tu penuh dengan bar dan high class restaurant je. Dah nama pun cheapskate semuanya, maka plannya beli maggi cup dan makan dalam bilik jea hahaha. Masa perjalanan balik ke hostel, betul-betul sampai simpang depan hostel, baru perasan ada kedai makan yang murah :') Gili Frame tak silap namanya, dan ownernya orang Malaysia. Maka perutku pun happy :D Bila balik hostel dan survey di blog-blog lain, baru tahu kedai makan yang murah-murah memang ada tapi di kawasan tengah pulau/kawasan kampung, bukan di tepi pantai. Ada hikmah juga hostel kami duduk tu di tengah-tengah pulau nun.


Jalan kampung menuju ke hostel. Malam-malam gelap noks.


Okay setakat ni untuk hari pertama. InsyaAllah hari kedua akan diceritakan dalam part seterusnya.



Thursday, May 12, 2016

Knowledge Sharing.

Tadi saya ada terbaca tentang luahan seseorang yang menyesal kongsi nota dia dengan kawan-kawan sebab dia rasa kawan-kawan tak ada effort nak belajar. So rasa macam nak menjawab luahan seseorang tu. Sorry lah kalau saya macam termasuk mode membebel gaya kakak-kakak sikit *taknak mengaku makcik*.


Bagi saya, tak ada salahnya pun berkongsi ilmu, awak. Kita jangan bercerita tentang usaha orang lain. Sama ada dia nak study menggunakan nota awak, nak 'hafal' nota awak, nak jadikan nota awak sebagai tambahan, nak buat bahan air rebusan dan minum sebelum exam, itu urusan dia dan tuhan. Kita jangan pertikai dan nilai usaha orang, yang mungkin kita tak nampak sepenuhnya pun.


Kita fikir situasi macam ni. Kita pergi kelas, kita belajar. Kita dapat ilmu. Kemudian ilmu tu kita pegang seorang. Kita bawa dia masuk ke dewan exam, kita curahkan apa yang kita ada atas kertas exam. Kemudian kita dapat markah.  Kalau markah tu baik, baiklah manfaatnya ke atas kita seorang. Kita dianggap orang yang pandai. Kita pun seronok. Dan cerita ini tamat setakat itu.


Cuba bayangkan situasi ini pulak. Kita pergi kelas, kita belajar. Kita dapat ilmu. Kemudian ilmu tu kita kongsi dengan orang. Kalau kawan tanya, kita explain satu-satu sampai dia faham. Kalau ada ilmu lain yang kita tertinggal yang kawan dapat tangkap masa kelas, dia tambah pula penerangan untuk kita. Kita dapat ilmu baru. Kalau dua-dua tak tahu, kita cakap dengan kawan, nanti kita try cari jawapan. So tanggungjawab mencari jawapan tu dikongsi bersama. Dua-dua cuba cari, dua-dua dapat ilmu baru. Kita dan kawan-kawan kita, masing-masing topup ilmu. Bila masuk ke dewan exam dan curahkan apa yang kita dah belajar, bila kita dapat markah, dan markah kita baik, manfaatnya adalah pada kita dan mereka yang belajar bersama. Kalau kawan-kawan kita dapat markah yang baik disebabkan ilmu yang kita kongsi, manfaatnya adalah pada mereka dan juga kita. Dan selagi mana ilmu tu digunakan, manfaatnya sampai dekat kita setiap masa.

---

Jujur, saya tak pandai menjawab dalam exam. Saya tak pandai tulis laju-laju. Saya adalah sejenis yang perlu susun ayat sebelum menulis. I am a thinker, therefore I take time to think before I write. Saya tak pandai muntahkan segala ilmu dalam masa yang singkat. Time has always been my barrier in examination. Saya tak kata saya pandai. Saya tak rasa pun saya pandai. Cuma saya suka ke kelas dan tulis nota. Saya manusia biasa. Kadang-kadang saya mengantuk, kadang-kadang saya penat, letih, kadang-kadang saya mengelamun. Tapi bila saya tersedar, saya pujuk diri saya, "Ni ilmu Allah ni, Suraya. Dengar elok-elok." So saya sambung tulis nota dan ambil perhatian.  Dan nota-nota yang saya salin tu, sentiasa memanfaatkan saya waktu ulangkaji. Sebab saya ni pelupa macam mak nenek. So bila baca balik nota, selalu bermonolog dalaman, "eh, lecturer pernah bagitahu ke benda ni? Nasib baik salin haritu."


Bila ulangkaji, saya bercerita dengan kawan-kawan, apa yang saya tulis, apa yang saya faham. Dan kawan-kawan pun sama kongsi apa yang mereka tahu. Bila kawan-kawan cakap mereka faham bila saya explain, saya happy. Bila kawan-kawan cakap mereka boleh jawab sesetengah soalan sebab penerangan saya (walaupun saya sendiri mungkin tak dapat jawab dengan baik), saya happy. Saya tak kisah pun, bila result kawan-kawan yang saya ajar lagi tinggi daripada saya (selalu berlaku juga sebenarnya hahaha) sebab saya tahu ilmu itu dimanfaatkan. Saya lega. Hadza min fadhli rabbi, kan. Kadang-kadang saya tengah penat, ada orang cari saya, tanya itu ini.  Masa tu terasa keikhlasan diuji. Rasa macam nak luahkan dekat orang supaya tunggu kejap, sebab saya penat, tapi tak terluah sebab saya rasa it's a selfish act. So saya cuba terangkan apa yang boleh. Dan kepenatan saya terubat, bila orang tersebut cakap dia faham, ataupun sekadar 'ooooo' yang panjang. hahaha. Dan yang penting, secara tak formalnya, ramai orang yang akan selesa dengan saya. So dari situlah saya buat ramai kawan.  

---

Jangan salah faham, awak. Bukan niat saya nak bercerita tentang apa yang saya buat pada orang. Bukan nak berbangga. Saya malu sebenarnya, walaupun ketika saya sedang menulis ini. Pengalaman ni cuma nak dikongsi sebab nak sampaikan yang perkongsian ilmu tu tak pernah merugikan. Hidup ni umpama pelaburan, awak. What we give, we get back in return. Kalau bukan insan tersebut yang membalas, percayalah Allah akan membalas dengan memberi kebaikan-kebaikan lain dalam hidup kita ni. So, asalkan benda yang kita kongsi adalah benda yang baik, dan kita tahu ilmu tu digunakan oleh orang lain untuk tujuan yang baik, kita jangan risau bukan-bukan. Berjaya seorang tu seronok. Tapi seronok dan terasa manis lagi kalau berjaya sama-sama kan? The road to success is not always lonely ;) 

Monday, April 25, 2016

Lepas.




Bilamana kita membuka dan membiarkan hati untuk merasa sekecil-kecil perasaan, 'ruang' dalam hati kita akan jadi lebih luas terhampar, dasarnya lebih jauh ke dalam, dan puncaknya lebih menggunung tinggi. Terkadang kelebihan 'ruang' ini dianggap segelintir orang sebagai beban, kerana bersama-sama kebahagiaan, segala perasaan yang kita tak mahu ada juga diserap masuk ke dalam ruang itu tanpa mampu kita kawal. Seringkali perasaan 'hitam' ini lebih menghantui hari-hari kita, lalu ada orang yang membuat keputusan untuk dikebaskan hatinya, biar kejung tak rasa apa-apa.


Silapnya, keterbukaan dan ruang itu sendiri adalah satu anugerah. Anugerah untuk kita lebih berupaya melihat kebaikan-kebaikan kecil yang berlaku dalam hidup seharian yang dipandang enteng manusia lain. Melihat peluang-peluang kecil yang dibiarkan tak berusik oleh manusia lain. Peluang-peluang kecil itu, bukankah pemberian tuhan juga?



Jom, belajar melepaskan :)