Sunday, August 14, 2016

Lombok Trip: Part III.

Sambungan daripada Lombok Trip: Part II.


Day 3 (Lombok)
Hari ketiga ni kitorang check out daripada Gili Klapa Hostel dan menuju ke jeti Teluk Nare semula. Pagi tu, Rudy yang jemput kitorang dekat Gili T dalam pukul 9.30 pagi. Sampai di Teluk Nare, kitorang lepak tepi pantai tunggu Rudy pick up satu lagi group di Gili T (group Malaysia yang join kitorang snorkeling semalam) sambil makan breakfast ditemani Mas Taufiq, founder pakej Explore Lombok yang kitorang ambil ni.  Bila diorang sampai jea, kami dua group bergerak ke Desa Senaru untuk tengok Sendang Gile & Tiu Kelep Waterfall. Demi Allah, cantik sangat waterfall ni :') Dekat Tiu Kelep boleh mandi, so sesiapa yang bercadang nak mandi eloklah pakai baju mandi siap-siap untuk memudahkan korang.

Perjalanan ke Desa Senaru ambil masa agak lama dari Teluk Nare, tapi lupa nak tengok jam berapa lama. Rasanya ada dalam sejam lebih juga. Di kawasan ni banyak homestay untuk pelancong yang berniat nak mendaki Gunung Rinjani, sebab Desa Senaru ni kira macam kawasan kaki gunungnya lah. Untuk masuk ke kawasan air terjun tu, kitorang ditemani oleh local guide bernama Agus. Rasanya memang penduduk kampung situ ramai yang mengambil upah menjadi local guide untuk bawa pelancong sebab perjalanan ke air terjun tu memang masuk ke dalam hutan dan kena trekking sikit. Perjalanan ke Sendang Gile ambil masa 20 minit berjalan kaki, dan dari Sendang Gile ke Tiu Kelep dalam 10 minit berjalan kaki. Pancit jugalah sebab lama tak exercise kan, tambah gayat pula sebab ada kena lalu tepi gaung :') Tapi segala perasaan penat hilang bila tengok air terjun yang subhanallah cantik sangat tu. Serius itu satu perasaan dan pengalaman yang takkan aku lupa. Tak tahu nak describe macam mana. Aku kalau boleh nak suruh semua pergi tengok sendiri, leuls.


Sendang Gile waterfall.

Tiu Kelep waterfall.


Lepas kitorang mandi punya lama sampai menggigil-gigil satu badan (air dia sejuk gilaaaa, jangan kata aku tak warning),  kitorang pun berjalan balik ke tempat asal Rudy dan Taufiq drop kitorang tadi. Otw balik boleh pulak ada satu laluan longkang ni yang kita boleh main water slide. Mula-mula seram gila Agus suruh masuk bawah longkang tu. Ingatkan dia bergurau. Dalam hati dah macam, "Agus ni biar betul?!" Last-last dia yang tunjuk demo dulu. Fana & Wani pun ikut. Aku teringin, tapi tak ikut. Itulah satu benda aku rasa ralat. Nantilah kalau repeat ke sana aku try main. Haha. Kemudian kitorang menyusuri terowong laluan air gunung tu dalam perjalanan balik. Part ni seronok gila, rasa macam main dekat water park tapi freeee and well, air gunung kot :D Perjalanan balik tak rasa penat langsung sebab hati bahagia sangat hahaha.

Balik tu kitorang tukar baju kering dan makan tengahari dekat situ, dengan pemandangan bukit-bukau dan perkampungan yang cantik macam selalu kita tengok dalam lukisan tu. Sebab dah agak lewat, lepas makan terus kitorang bergerak ke Vila Hantu sebab nak kejar sunset. Sebelum tu, Rudy sempat bawak kitorang singgah beli satay ikan kejap. Sedap gila! Rugi tak beli banyak-banyak. Kemudian Rudy sambung memecut (dia bawak kereta laju okay, beza gila dengan hari last bila Taufiq yang bawak -__-) ke Vila Hantu. Tempat ni memang menjadi tumpuan untuk tengok sunset, dan kitorang paling lama stay situ. Haritu matahari terlindung sikit dek awan, tapi pemandangannya still cantik. Masing-masing tangkap gambar dan layan perasaan sampai matahari terbenam.


Pemandangan dari Vila Hantu.

Belanja sikit gambar aku, sunset dan bulan di Vila Hantu.


Malamnya tu Rudy bawa pergi makan jagung bakar dan minum-minum (minuman halal ok) tepi pantai. Baliknya tu Rudy offer nak bawa pergi dinner tapi masing-masing macam dah kenyang so terus check-in hotel dekat Senggigi. Hotel kat Lombok memang lagi murah dan kualiti lagi elok, mungkin sebab kosnya pun lagi rendah. Kitorang tidur di Hotel Puri Senggigi. Overall best tapi wifi ciput. Btw ini hari last kitorang jumpa Rudy, sebab esoknya dia bawa group lain pergi snorkeling. So sebelum check-in tu kitorang bergambar dengan Rudy dulu. Seriously Rudy baik orangnya :)


Day 4 (Lombok)
Hari terakhir di Lombok. Sedih jugalah. Harini kitorang diberitahu oleh Rudy, Mas Taufiq yang akan bawa jalan-jalan. Sekali dalam kereta nampak ada orang di sebelah. Rupanya Mas Safwan muncul kembali untuk menemani kitorang kakaka. Nampak je kelibat dia terus kitorang tergelak sebab teringat #ohyakakak (again, private joke).

Mula-mula sekali, kitorang dibawa ke Desa Tenun Suku Sasak untuk tengok proses tenunan kain. Lombok memang terkenal dengan kain tenunan, dan semua perempuan di kampung tu wajib belajar menenun, kalau tak, kira tak pass nak kahwin.  Spend time kat sini tak lama sebab yelah, duit tak banyak kan. Harga kain-kain tu kan mahal sebab eksklusif kot. Lepastu, kitorang dibawa ke kedai souvenir untuk beli ole-ole sebelum balik.  Kat sini lah kitorang menghabiskan duit lebihan.


Makcik sedang menenun. Power makcik ni.

Antara hasil tenunan yang dihasilkan

Then, kitorang dibawa ke Pantai Selong Belanak. Pantai ni cantik, tapi masa kitorang datang tu crowded dengan foreigner yang berjemur dan surfing dekat situ (dekat sini memang spot surfing). So kitorang ambil-ambil gambar je. Seterusnya kitorang dibawa ke Pantai Mawun. Pantai ni pun ramai orang juga, tapi tak seramai Selong Belanak kot. Dekat sini pun kitorang singgah ambil gambar je.


Lupa ni kat Pantai Mawun or Pantai Selong Belanak. Yang pasti cantiklah.


Destinasi terakhir dan dikira highlight of the day bagi aku ialah kitorang dibawa ke Bukit Merese. Kena panjat bukit sikit dalam 5 minit untuk tengok pemandangan yang subhanallah cantik sangat sangat sangat. Sayangnya musim panas so bukit tu warna kekuningan. Safwan cakap kalau bukit tu kehijauan pemandangan lagi cantik. Waktu tu pun rasa dah cantik gila, tak tahulah kalau waktu rumput hijau cantik dia macam mana. Kitorang lepak dan ambil gambar banyak-banyak kat situ. Taufiq pun dah siap bawa dslr dia so memang keren lah hewhew. Cantik ok, tak tipu. Serius cantik. Rasa macam nak layan perasaan kat situ lama-lama dan taknak balik hadapi realiti yang tak seindah pemandangan di Bukit Merese itu :'(


Sesi layan perasaan.

Faham tak cantik dia macam mana?!

Disebabkan kitorang tak makan tengahari lagi dan dah mula rasa lapar, kitorang tak jadi singgah Pantai Kuta dan terus menuju ke kedai makan berhadapan airport. Kat situ Taufiq bawa makan Nasi Balap Puyung. Aku tanya Safwan, Balap Puyung tu apa? Katanya, balap tu lari, so siapa yang makan nasi tu kena makan sambil berlari -__-" Boleh bayangkan tak berapa hari spend time dengan diorang, dia punya gila tu macam mana?


Nasi balap puyung. Jangan lupa lari sambil makan :D

Btw sedap okay nasi balap puyung ni, tapi sambal dia pedas gila. Pedas yang sedaplah. Nasib baik Taufiq warning awal-awal kepedasan tu. Fana makan sampai berpeluh-peluh, menangis dan eyeliner comot sampai nampak macam budak emo :') Lepas makan Taufiq hantar ke airport terus. Sedih kot masa ni. Rasa taknak balikkk. Kitorang minta maaf dan ucap terima kasih semua, lepastu diorang pun balik. Sadissss.


Okay dah habis cerita. Overall, memang Lombok best. Best gila. Sampai tak kisah kalau repeat sebab Taufiq pun cakap banyak lagi tempat kitorang tak sempat explore. InsyaAllah ada rezeki memang nak repeat lah :) Lepastu, ini first time aku berjalan ambil tour guide package. Before ni aku kalau travel ke mana-mana memang semua susun sendiri. Tapi berbaloi gila sebab harga murah dan service terbaik. Memang boleh relax macam mem besar kalau berjalan dengan diorang ni. Especially kita ni memang on tight budget tapi nak berjimba juga. Kalau nak contact pergi usha instagram @explorelombokisland. Boleh kata almost semua benda dia cover kecuali makan. Aku ambil package ni tanpa hotel so lagi murah sikit lah. Kalau rajin, survey lah sendiri hotel murah-murah. Kalau malas ambil je package dengan hotel, tapi tak pasti harga mahal ke tidak.


Okay ni catatan bajet aku sepanjang perjalanan:

Tour guide : rp 975.000 (approx. RM300)
Flight ticket (return) : RM302
Hotel in Gili T (2 nights) : rp 430.000/person (approx. RM 130)
Hotel in Senggigi (1 night) : rp 137.500/person (approx. RM 42)

Day 1
ERL Putrajaya - KLIA2 : RM 9.40
Lunch ayam taliwang + teh ais : rp 71.000
Cidomo: rp. 37.500/person
Dinner: rp 23.000

Day 2
Lunch nasi goreng: rp 35.000
Air mineral + syampu: rp 30.000
Basikal: rp 50.000
Dinner: 70.000

Day 3
Lunch nasi goreng + teh ais: rp 45.000
Satay ikan: rp 8.000
Jagung bakar: rp 10.000

Day 4
Aiskrim: rp 10.000
Souvenir: rp 335.000
Lunch nasi balap puyung: rp 16.000
Souvenir lagi: rp 120.000
ERL KLIA2 - Putrajaya: RM 9.40


Total expenses: approx. RM 1055

Kesimpulannya, kalau nak lagi jimat janganlah tiru aksi aku beli souvenir sampai almost RM 150. Sebab aku nak habiskan duit dan malas nak tukar duit, maka aku belanja teruk hari terakhir di Lombok. Heh. Okay sekian saja catatan ke Lombok kali ini :)


Lombok Trip: Part II.

Sambungan daripada Lombok Trip: Part I.


Day 2 (Gili Trawangan)

Hari kedua adalah hari snorkeling semata-mata. Bangun pukul 5.30 pagi untuk solat Subuh. Kemudian cadangnya nak tengok sunrise di tepi pantai, tapi disebabkan sunrise awal sangat dan lepastu malas nak berjalan balik ke hostel (kan jaraknya jauh), so niat tengok sunrise tu terbatallah. 

Sebenarnya sepanjang tepi pantai tu banyak je tawaran pakej untuk snorkeling tiga Gili tu. Kalau nak, boleh survey je harga terbaik untuk snorkeling sepanjang jalan tu. Memang selalunya snorkeling mula pukul 10.30 pagi. So kalau booking pakej better sehari sebelum atau sebelum 10.30 pagi lah. Tapi sebab kitorang punya pakej dah termasuk snorkeling, kitorang rileks je tak survey harga pun. Rasa macam orang kaya pulak. Kakaka. Berlagak. Btw, pukul 9.30 pagi baru kitorang berkumpul di depan Sama-Sama Bar untuk naik public boat untuk snorkeling. Kebetulan ada satu group lagi dari Malaysia yang join snorkeling juga (diorang pun ambil pakej yang sama dengan kitorang). Tengah tunggu boat tu lah tiba-tiba terjumpa Tasha, ex-dormmate aku dan Kak Asma :D Happy gila jumpa kawan sendiri kat negara orang. Masa tu Tasha dengan Gen. Si Gen ni pun dah bertahun tak jumpa, last jumpa masa kenduri beliau tak silap. Boleh pulak berjumpa di Lombok. Happy betul :D

Okay kitorang mulakan snorkeling di Coral Point di sekitar Gili Trawangan juga. Adalah cuak sikit sebab dah lama tak snorkeling. Bila dah masuk air, lupa dah semua cuak tu. Dapatlah tengok coral warna-warni. Cantik juga. Tapi sebab aku pernah tengok coral lagi cantik, so taklah excited teruk. Masa ni mula-mula tengok-tengok juga Kak Asma sebab dia takut sikit nak turun. Bila dah tengok dia dijaga elok oleh Safwan (hehehe), aku pun bawalah diri snorkeling dan join Fana & Wani bergambar dalam air.


Gambar dalam air yang comel. Hiks.


Second point pergi snorkeling di Turtle Point. Dekat sini airnya lagi dalam dan arusnya lagi kuat. Lepastu nak kena berenang laju sebab nak kejar penyu. Masa tu rasa penat nak kejar sebab yang lain berenang laju, akhirnya aku pilih untuk naik atas bot. Untuk point kedua ni, boleh tahan ramai juga yang tak turun, mungkin sebab orang yang bawa kitorang tu dah pesan awal-awal air dalam, dan kalau penat jangan turun. Kak Asma memang dari awal tak turun. Wani pun give up juga dan akhirnya tinggal Fana je yang masih gigih kejar penyu. Tabah betul Fana ni. Aku pula tak adalah rasa terkilan sangat sebab snorkeling dulu dah pernah tengok penyu. 

Kemudian kitorang berhenti makan di Gili Air. Restorannya ada satu je so semua yang turun dari bot order makanan serentak, memang agak kelam kabut lah. Boleh pula makanan tak sampai meja kitorang. Daripada order satu pinggan, bila order balik, order dua pinggan terus. Kitorang yang paling lambat naik bot sebab makan lambat. Segan beb -__-

Lepas makan baru bersemangat balik nak snorkeling di point terakhir. Aku tak ingat apa nama tempat ni, tapi di Gili Air juga. Dekat sini banyak ikan dan kita boleh bagi ikan-ikan tu makan. Mujur Safwan bawa roti, so kebas roti Safwan jelah untuk bagi ikan tu makan kakaka. Personally aku rasa point ni paling best, sebab excited tengok ikan-ikan friendly and tak takut nak dekat dengan manusia :D

Okay, kitorang selesai snorkeling dan pulang ke Gili T lebih kurang pukul 3.30 ke 4.00 petang macam tu. Kemudian terus sewa basikal untuk balik ke hostel. Kos untuk sewa basikal rp50.000 sehari, so okaylah harganya memandangkan hostel kitorang tengah pulau dan memang perlu naik basikal ke mana-mana. Balik dorm, solat dan terus berbasikal ke sunset point. Hari kedua ni pergi awal sikit sebab taknak ketinggalan tengok sunset yang cantik dan bergambar dekat buaian yang famous tu. 

Berfoya-foya dan ambil gambar sebelum balik hostel.

Sunset dan buaian yang cantik

Selesai tengok sunset, kitorang decide untuk berbasikal ke seberang kanan pulau pulak untuk pergi pasar malam sebelum jalan kampung tu jadi gelap gelita (tak ada lampu jalan). Kayuh punya kayuh ke bahagian bawah pulau, jumpalah pasar malam. Di pasar malam ni, diorang banyak jual seafood dan makanan skewers style. Harganya boleh tahan lah, standard di Malaysia juga. Aku dan Fana makan nasi dengan lauk sotong goreng tepung & ikan bakar sambal, untuk rp60.000 seorang. Not bad lah harga kan. Kak Asma dan Wani makan skewers jea, Skewer tu satu cucuk rp20.000 ke rp25.000 entah den tak ingat. Dan terjumpa Tasha & Gen sekali tengah makan malam juga.


Gerai di pasar malam. Boleh pilih pelbagai jenis makanan.

Gerai seafood, boleh request nak masakan apa.


Lepas makan, sambung berbasikal ambil angin pantai. Tenang sangat rasa angin pantai, tapi sebab terlalu ramai yang lalu-lalang so perjalanan jadi tersekat-sekat sikit haha. Oh yea, kat pulau ni memang orang jalan kaki, naik basikal atau cidomo jea. Tak ada langsung kenderaan bermotor. Basikal pun bersepah-sepah diparkir di tepi jalan, insyaAllah selamat jea tak ada siapa nak curi. Lepas bersiar-siar, kitorang decide untuk balik dorm jea sebab penat dan memang semua kecundang awal pun malam tu. Aku jadi saksi sebab aku paling lambat tidur -__-

Okay bersambung untuk hari ketiga dan terakhir serta recap Lombok di part ketiga dan terakhir.



Lombok Trip: Part I.

Hai assalamualaikum.


Walaupun blog ni sebenarnya dah lama terkubur, rasa ralat pula kalau tak share pasal trip Lombok ni sebab memang secara personalnya salah satu trip yang paling best pernah pergi. So yeah kongsi untuk bacaan sendiri di waktu akan datang pun boleh :D

Pada mulanya trip ini adalah trip bertiga. Sayangnya salah seorang terpaksa tarik diri atas urusan kerja dan peribadi. Tiket pun dah dibeli lebih kurang setahun sebelumnya. Masa tu dapatlah harga RM300+ return untuk seorang. Kalau nasib lagi baik, mungkin boleh dapat lagi murah. Tapi kalau dapat sekitar RM300 ni pun sebenarnya dah orait dah. 

Lebih kurang sebulan sebelum pergi, Ayu bagitahu tak dapat nak ikut. Fana pula cakap nak join trip kitorang sebab adiknya tak dapat ikut ke Lombok sebab tak dan beli tiket. Masa tu ingatkan Fana keseorangan, rupanya ada kawan sekolahnya ikut, Wani namanya. So pada akhirnya berempatlah kami liburan ke Lombok. Btw semua planning itinerary, accomodation, etc. dibuat dalam sebulan sebelum ke Lombok sebab nak buat awal-awal semua orang busy pula. So di satu malam yang indah, aku dan Fana pun janji nak makan malam sama-sama sambil bincang pasal trip ni. Percaya tak, semua urusan nak book hotel dan survey tour guide dibuat pada satu malam jea :')

Okay habislah sudah mukadimah. Kita pergi ke catatan mengikut hari pula.



Day 1 (KUL-Gili Trawangan)
Aku dan Kak Asma bertolak dari Serdang menuju ke Putrajaya Sentral sekitar 5.40 pagi. Sampai di sana terus beli tiket tren, dan ada lebihan masa sebelum tren sampai, jadi kami solat Subuh di Putrajaya. Tren sampai tepat 6.22 pagi mengikut jadual. Dalam pukul 6.45 pagi sampai di KLIA2, terus ke kaunter untuk cek dokumen, jumpa dengan Fana dan Wani, dan terus masuk gate sama-sama. Flight berlepas dalam pukul 9 pagi, lewat sedikit daripada jadual.

Sampai di Bandara (airport) Lombok, kami dijemput oleh Mas Rudy dan Mas Safwan. Mula-mula rasa awkward dan segan sikitlah, nasib baik awal-awal dah rasa diorang kelakar (ohyakakak - ini private joke :D). Bagus jugalah ada tour guide ni sebab sepanjang jalan diorang banyak bercerita tentang sejarah Lombok dan penduduknya. Kami dibawa makan tengahari di Mataram (dianggap pekan besar di Lombok) sebab masa sampai tu dah pukul 12 tengahari. Dapatlah rasa Nasi Ayam Taliwang yang memang jadi signature Lombok. Memang patutlah jadi signature sebab sedap :D


Nasi Ayam Taliwang

Selepas makan tengahari, kami dibawa ke jeti di Teluk Nare untuk naik private boat ke Gili Trawangan. Agak mahal berbanding dengan public boat, tapi tak sempat survey harga pun, sebab memang dah termasuk dalam pakej yang kami ambil. Kalau nak naik public boat yang lebih murah harganya, jetinya di Bangsal. Perjalanan ke Gili Trawangan (lepasni aku tulis Gili T jea, malas taip) mengambil masa sekitar 15 minit. Dekat jea jarak Lombok dengan Gili T, walaupun Gili T adalah yang paling hujung antara ketiga-tiga Gili (Gili Air, Gili Meno, Gili T).

Gili Trawangan; disambut oleh langit biru dan air laut kehijauan :D


Sampai di jeti Gili T, kami dapatkan sebuah cidomo (kereta kuda a.k.a Lombok Ferrari) untuk ke hostel memandangkan kami menyewa hotel yang agak jauh jaraknya dari jeti. Naik cidomo untuk ke hostel cajnya mahal nokharom iaitu 150.000rp untuk 4 orang (sekitar RM40). Kalau mampu berjalan ke hotel, dinasihatkan supaya jalan jelah okay. Anggap jelah itu pengalaman seumur hidup try naik cidomo.


Inilah rupa cidomo.

Kami sampai di Gili Klapa Hostel dan menuju ke dorm untuk letak barang dan tunaikan solat. Lepas siap berkemas, masing-masing tidur sekejap sebab agak letih. Dalam pukul 5.30 petang baru semua bersiap-siap jalan kaki ke pantai nak tengok sunset. Dalam 15 minit juga berjalan sebelum sampai ke pantai. Oh, sunset di sana awal, sebab dalam pukul 6 lebih dah masuk waktu Maghrib.


Saki baki sunset sebab terlambat.

Berangan mode


Bila malam pun dah menjelma dan kami pun dah lapar, pergilah jalan tepi-tepi pantai dengan niat nak cari kedai makan. Tapi tepi-tepi tu penuh dengan bar dan high class restaurant je. Dah nama pun cheapskate semuanya, maka plannya beli maggi cup dan makan dalam bilik jea hahaha. Masa perjalanan balik ke hostel, betul-betul sampai simpang depan hostel, baru perasan ada kedai makan yang murah :') Gili Frame tak silap namanya, dan ownernya orang Malaysia. Maka perutku pun happy :D Bila balik hostel dan survey di blog-blog lain, baru tahu kedai makan yang murah-murah memang ada tapi di kawasan tengah pulau/kawasan kampung, bukan di tepi pantai. Ada hikmah juga hostel kami duduk tu di tengah-tengah pulau nun.


Jalan kampung menuju ke hostel. Malam-malam gelap noks.


Okay setakat ni untuk hari pertama. InsyaAllah hari kedua akan diceritakan dalam part seterusnya.