Tadi saya ada terbaca tentang luahan seseorang yang menyesal kongsi nota dia dengan kawan-kawan sebab dia rasa kawan-kawan tak ada effort nak belajar. So rasa macam nak menjawab luahan seseorang tu. Sorry lah kalau saya macam termasuk mode membebel gaya kakak-kakak sikit *taknak mengaku makcik*.
Bagi saya, tak ada salahnya pun berkongsi ilmu, awak. Kita jangan bercerita tentang usaha orang lain. Sama ada dia nak study menggunakan nota awak, nak 'hafal' nota awak, nak jadikan nota awak sebagai tambahan, nak buat bahan air rebusan dan minum sebelum exam, itu urusan dia dan tuhan. Kita jangan pertikai dan nilai usaha orang, yang mungkin kita tak nampak sepenuhnya pun.
Kita fikir situasi macam ni. Kita pergi kelas, kita belajar. Kita dapat ilmu. Kemudian ilmu tu kita pegang seorang. Kita bawa dia masuk ke dewan exam, kita curahkan apa yang kita ada atas kertas exam. Kemudian kita dapat markah. Kalau markah tu baik, baiklah manfaatnya ke atas kita seorang. Kita dianggap orang yang pandai. Kita pun seronok. Dan cerita ini tamat setakat itu.
Cuba bayangkan situasi ini pulak. Kita pergi kelas, kita belajar. Kita dapat ilmu. Kemudian ilmu tu kita kongsi dengan orang. Kalau kawan tanya, kita explain satu-satu sampai dia faham. Kalau ada ilmu lain yang kita tertinggal yang kawan dapat tangkap masa kelas, dia tambah pula penerangan untuk kita. Kita dapat ilmu baru. Kalau dua-dua tak tahu, kita cakap dengan kawan, nanti kita try cari jawapan. So tanggungjawab mencari jawapan tu dikongsi bersama. Dua-dua cuba cari, dua-dua dapat ilmu baru. Kita dan kawan-kawan kita, masing-masing topup ilmu. Bila masuk ke dewan exam dan curahkan apa yang kita dah belajar, bila kita dapat markah, dan markah kita baik, manfaatnya adalah pada kita dan mereka yang belajar bersama. Kalau kawan-kawan kita dapat markah yang baik disebabkan ilmu yang kita kongsi, manfaatnya adalah pada mereka dan juga kita. Dan selagi mana ilmu tu digunakan, manfaatnya sampai dekat kita setiap masa.
---
Jujur, saya tak pandai menjawab dalam exam. Saya tak pandai tulis laju-laju. Saya adalah sejenis yang perlu susun ayat sebelum menulis. I am a thinker, therefore I take time to think before I write. Saya tak pandai muntahkan segala ilmu dalam masa yang singkat. Time has always been my barrier in examination. Saya tak kata saya pandai. Saya tak rasa pun saya pandai. Cuma saya suka ke kelas dan tulis nota. Saya manusia biasa. Kadang-kadang saya mengantuk, kadang-kadang saya penat, letih, kadang-kadang saya mengelamun. Tapi bila saya tersedar, saya pujuk diri saya, "Ni ilmu Allah ni, Suraya. Dengar elok-elok." So saya sambung tulis nota dan ambil perhatian. Dan nota-nota yang saya salin tu, sentiasa memanfaatkan saya waktu ulangkaji. Sebab saya ni pelupa macam mak nenek. So bila baca balik nota, selalu bermonolog dalaman, "eh, lecturer pernah bagitahu ke benda ni? Nasib baik salin haritu."
Bila ulangkaji, saya bercerita dengan kawan-kawan, apa yang saya tulis, apa yang saya faham. Dan kawan-kawan pun sama kongsi apa yang mereka tahu. Bila kawan-kawan cakap mereka faham bila saya explain, saya happy. Bila kawan-kawan cakap mereka boleh jawab sesetengah soalan sebab penerangan saya (walaupun saya sendiri mungkin tak dapat jawab dengan baik), saya happy. Saya tak kisah pun, bila result kawan-kawan yang saya ajar lagi tinggi daripada saya (selalu berlaku juga sebenarnya hahaha) sebab saya tahu ilmu itu dimanfaatkan. Saya lega. Hadza min fadhli rabbi, kan. Kadang-kadang saya tengah penat, ada orang cari saya, tanya itu ini. Masa tu terasa keikhlasan diuji. Rasa macam nak luahkan dekat orang supaya tunggu kejap, sebab saya penat, tapi tak terluah sebab saya rasa it's a selfish act. So saya cuba terangkan apa yang boleh. Dan kepenatan saya terubat, bila orang tersebut cakap dia faham, ataupun sekadar 'ooooo' yang panjang. hahaha. Dan yang penting, secara tak formalnya, ramai orang yang akan selesa dengan saya. So dari situlah saya buat ramai kawan.
---
Jangan salah faham, awak. Bukan niat saya nak bercerita tentang apa yang saya buat pada orang. Bukan nak berbangga. Saya malu sebenarnya, walaupun ketika saya sedang menulis ini. Pengalaman ni cuma nak dikongsi sebab nak sampaikan yang perkongsian ilmu tu tak pernah merugikan. Hidup ni umpama pelaburan, awak. What we give, we get back in return. Kalau bukan insan tersebut yang membalas, percayalah Allah akan membalas dengan memberi kebaikan-kebaikan lain dalam hidup kita ni. So, asalkan benda yang kita kongsi adalah benda yang baik, dan kita tahu ilmu tu digunakan oleh orang lain untuk tujuan yang baik, kita jangan risau bukan-bukan. Berjaya seorang tu seronok. Tapi seronok dan terasa manis lagi kalau berjaya sama-sama kan? The road to success is not always lonely ;)